Program ini akan dimulai dengan pendaftaran peserta sehari sebelum hari pertandingan. Peserta akan berkumpul di garisan permulaan seawal jam 6.00 pagi sebelum pertandingan dimulakan pada jam 8.00 pagi. Peserta akan menempuh perjalanan sejauh 35 - 40 km melalui jalan "off road" dan "on the road" dan berakhir di perkarangan Kolej Komuniti Hulu Selangor.
Jutaan terima kasih kepada peserta yang telah menyertai dan menyokong KKHS MTB Jamboree pada 27 April 2014 dan diharapkan program KKHS MTB Jamboree 2015 akan mendapat lebih sambutan daripada anda semua.
Jumpa anda di Kolej Komuniti Hulu Selangor!!....